Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Al-Quran Sphere: Kursus TOT Penguasaan Qiraah Al-Quran 1.0 pada 25-26 Februari 2025. Kursus ini telah disertai seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada Guru KAFA dan masyarakat awam di daerah Lahad Datu dan Tungku.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran para peserta agar menepati bacaan menurut riwayat Hafs ‘an ‘Asim. Selain itu, penekanan terhadap kualiti bacaan dan hafazan ayat-ayat al-Quran para peserta turut diberikan di samping memberi kefahaman tentang adab-adab, etika berinteraksi dan hukum-hukum tajwid yang seharusnya diambil berat dalam membaca al-Quran.
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Wan Azmi Wan Omar; Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPGM Kampus Tawau dan Ustaz Jinirol bin Bensali; Pemaju Masyarakat Pembangunan Insan merangkap Hakim Majlis Tilawah al-Quran Daerah Lahad Datu. Antara tajuk yang dikongsikan adalah Hukum Nun Mati dan Tanwin, Hukum Mim Mati, Hukum Mad & Jenis-Jenisnya (Teori & Praktikal), Makhraj & Sifat-Sifat Huruf (Teori & Praktikal) & Wakaf dan Ibtida’.
Peserta telah memberi maklum balas yang sangat baik di atas penganjuran kursus kali ini. Semoga kursus ini dapat menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa bersedia dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Al-Quran pada masa akan datang.mbelajaran Al-Quran pada masa akan datang.