WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 21 FEBRUARI - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Juru Audit Halal 2025 pada 18 hingga 20 Februari 2025 di Auditorium Al Ghazali , Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 62 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai yang melaksanakan pengurusan halal di JAKIM/JAIN/MAIN .
 
Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan kemahiran dan keyakInan pegawai dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan pengauditan. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini dikendalikan oleh Puan Nor Ardzlina binti Mahmod dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Ustaz Amaludin bin Dolah, Puan Siti Ayisah binti Surif, Ustaz Mohd Safzan bin Mohd Mukhtar, Puan Afzatul Afzan binti Abu Bakar, Puan Noraisyah binti Ali , Puan Nurul IIani binti Mad Hashim, Puan Izan Muhaimin binti Mohd Razali, Puan Nur Atiqah binti Muhamad Amin, Puan Siti Syazana binti Hasni dan Puan Rosa Adrianne binti Anuar dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM. Perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) (Domestik) 2020 dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi sebagai juru audit.
 
Harapan ILIM agar kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal.