WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Lawas, Sarawak - Institut Latihan Islam Malaysia - ILIM Kampus Lawas, JAKIM berbesar hati menerima kehadiran Y.Bhg Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal bersama Pengurusan Tertinggi ILIM Kampus Utama Bangi bagi tujuan lawatan kerja selama 3 hari bermula 18-20 Nov 2024. Antara objektif program tersebut ialah untuk menilai Keberkesanan Program Latihan bagi tahun 2024, Perancangan Pengurusan Latihan 2025 dan Hala tuju ILIM Kampus Lawas akan datang bersesuaian dengan pembinaan fasa ke-2 yang rancak dalam pelaksanaan. Melalui ucapan amanat Y.Bhg Pengarah Kanan ILIM, beliau tidak lupa untuk menitipkan kata2 semangat untuk semua kakitangan agar terus memperkasa umat Islam khususnya di Utara Sarawak melalui Kursus dan Latihan yang dirancang.
 
Sepanjang keberadaan delegasi di sini, ILIM Kampus Lawas turut mengambil kesempatan menjemput Y.Bhg Puan Nor Safina binti Zainal untuk merasmikan mini kolam ikan yang dinamakan "Tarabai Oasis" sempena reka bentuk kolam yang ada dan simbol kegagahan masyarakat setempat (iban) di Sarawak. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.Bhg Pengarah Kampus ILIM Lawas, En. Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi, Ketua Penolong Pengarah Kanan ILIM, Puan Norhayati binti Jaffri, Pendaftar ILIM En. Muhammad Affifuddin bin Mohd Zohdi, KPP ILIM, Puan Zaharah binti Abas Dan En. Mohd Roska bin Mohd Rasidek.