Bangi, 25 Oktober 2024 - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia, Puan Nor Safina Zainal telah menyampaikan amanat pada perhimpunan kali keenam tahun 2024 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi pagi tadi.
Hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Shukreyah Zawawi, Pendaftar ILIM, Encik Muhammad Afifuddin Mohd Zohdi, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras, Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Puan Zaharah Abas, Ketua Penolong Pengarah, Program Pengurusan Hal Ehwal Islam, Encik Norawi Endut, Pengarah ILIM Kampus Jelebu dan Encik Ruslan Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut.
Antara inti pati Amanat Pengarah Kanan sebagaimana berikut :
* Setiap pegawai mesti kena ada sense of urgency iaitu perlu mengambil tindakan yang cepat bagi setiap arahan yg dikeluarkan.
* Laksanakan tugasan yang diamanahkan di mana jua ditempatkan.
* Warga ILIM perlu Think Big (berfikiran besar) dan sentiasa positif.
* Perlu ada konsisten (istiqamah) dengan apa yang kita buat -“Let’s the consistency be the superpower” .
Dalam amanat tersebut beliau turut berpesan kepada semua Pegawai dan Kakitangan agar membawa amanah dan tanggungjawab untuk mengekalkan kejayaan ILIM dan terus melaksanakan yang TERBAIK untuk ILIM.
Dalam majlis ini diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Peserta Kursus Understanding Islamic Minority Governance & Management Course di Afrika Selatan dan sesi pembentangan Kursus Train the Trainer Program: Empowering Trainers for AI in the Public Sector.
Turut sama diadakan oleh Kelab Kebajikan Warga ILIM (KKWI) majlis meraikan para pegawai yang bertukar jua mereka yang baru mendirikan rumahtangga dan kepada pegawai yang menimang cahayamata.