WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 25 Oktober 2024 - Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Kader JAKIM di Kementerian, MAIN dan JAIN termasuklah Pegawai Rundingcara Kekeluargaan Islam dari seluruh Malaysia telah berjaya mengikuti Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syar'ie dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam Tahun 2024 selama 5 hari seminggu sebanyak 4 tahap bermula sejak Julai hingga Oktober 2024.
 
Kursus anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah berlangsung di ILIM Kampus Utama Bangi ini.
 
antara lainnya adalah untuk menambah pengetahuan peserta mengenai Kaunseling Syar'ie di samping meningkatkan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknik-teknik kaunseling syarie kepada klien serta mampu mengendalikan sesi rundingcara kekeluargaan Islam dengan lebih berkesan lagi.
 
Pada tahap akhir ini telah menampilkan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya YBrs. Prof. Dr. Che Zarinna binti Sa'ari (UM), YBrs. Prof Madya Dr. Haji Mohd Noor bin Saper (UPSI), YBrs. Puan Nazare Yusra binti Mohamad @ Yusof (JKM) dan Encik Abdul Halim bin Zakaria (Mu'allij Pengubatan Islam).
 
Pelbagai tajuk telah dikupas antaranya ‘’Psikospiritual Islam Sebagai Intervensi Awal’’, ‘’Mengenali Kecelaruan Jiwa Dari Perspektif Psikospiritual Islam’’, ‘’Pendekatan I'laj Dalam Kaunseling Syarie", "Pengurusan Kes Keganasan Rumahtangga" di samping perbincangan dan pembentangan tentang isu-isu kekeluargaan.
 
Para peserta juga diberi pendedahan ke lapangan iaitu Pusat Pakar Psikologi Jiwa Damai, Mahkamah Syariah Putrajaya dan KSK Care.
Kursus ini diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM.
 
Beliau mengharapkan agar ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan dengan lebih baik dan sistematik dalam usaha untuk menangani setiap masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Semoga kursus ini juga terus menjadi pencetus paradigma & semangat kepada perundingcara syari’e dan pegawai khidmat nasihat yang hebat dan berwibawa.