BANGI, 24 OKTOBER 2024 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus Heartbeats Mualaf pada 22 hingga 24 Oktober 2024 bertempat di Bilik Kuliah Abdul Qadir Al-Jailani.
Kursus ini dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam serta Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia
Kursus ini diadakan bertujuan untuk menambahkan Ilmu pengetahuan berkenaan proses dan prosedur pengislaman, meningkatkan kemahiran pengurusan konflik, kebajikan dan bimbingan agama mualaf serta melahirkan mursyid mualaf.
Pelbagai tajuk yang telah dikupas dalam kursus kali ini antaranya Prosedur Pengislaman, Kolaborasi Agensi Mualaf, Bimbingan Ilmu Mualaf, Konflik dan Cabaran Mualaf serta Psikologi Mulaf. Peserta kursus juga dibawa melawat ke Hidayah Centre Foundation bagi merasai mengenali dengan lebih dekat perjalanan dan operasi HCF dalam menguruskan mualaf.
Kursus ini menampilkan barisan panel pengajar daripada Hidayah Centre Foundation dan PERKIM.
Semoga kursus ini membekalkan ilmu, kefahaman dan kesedaran yang tinggi dalam diri para peserta bagi menyantuni mualaf dengan lebih baik di agensi dan jabatan masing-masing.