WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 20 Oktober 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengiringi perlepasan peserta kursus jangka pendek di luar negara iaitu Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir dan Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di United Kingdom di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
 
Perlepasan peserta kursus ke Mesir ialah pada pukul 02.55 awal pagi tadi yang terdiri daripada dua orang pegawai PHEI JAKIM telah diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI), Ustazah Shukreyah binti Zawawi. Sebahagian peserta kursus ini telah berlepas pada hari Jumaat, 18 Oktober 2024 dan Sabtu, 19 Oktober 2024.
 
Pada sebelah petang pula, perlepasan peserta kursus ke United Kingdom iaitu pada jam 7.50 petang. Turut sama mengiringi perlepasan peserta kursus ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan PKKI Ustazah Shukreyah binti Zawawi, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar dan Latihan (CDL) Ustazah Zaizurina binti Mansor dan Ketua Penolong Pengarah Program Teras (PT) Ustaz Roska bin Rasidek.
Seramai 9 orang peserta akan menghadiri Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir selama dua bulan bermula pada 20 Okotober 2024 hingga 20 Disember 2024. Kursus ini akan diadakan di Akademi Antarabangsa Al-Azhar, (Majma’ Al-Buhuth) Universiti Al-Azhar dan Dar Al-Ifta’ di Kaherah.
 
Manakala bagi Kursus Khas PHEI di United Kingdom pula disertai oleh 16 orang peserta yang akan bermula pada 20 Oktober 2024 hingga 20 November 2024. Kursus ini akan diadakan di Markfield Institute dan King College London.
 
Peserta bagi kedua-dua kursus ini terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta kursus. Semoga peserta bagi kedua-dua kursus ini akan menimba pengalaman yang hebat dan akan mendapat manfaat yang banyak untuk dikongsikan bersama agensi masing-masing kelak.