WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 17 Oktober 2024 - Telah berlangsung Kursus Pengurusan Waqaf di Institut Latihan Islam Malaysia kepada pegawai pengurusan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam yang bermula 15 Oktober 2024.
Kursus ini menjelaskan konsep berwaqaf, cara berwaqaf, prosedur berwaqaf, bentuk-bentuk waqaf dan lain-lain. Namun ada jua persoalan adakah mudah untuk berwaqaf? Siapa yang patut uruskan waqaf? Kerajaan atau badan perseorangan?
 
Bagi tujuan penjelasan tersebut, ILIM telah menyediakan platform kursus bagi menyediakan pelapis di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan pelbagai agensi kerajaan pada 15-17 Oktober 2024.
 
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T. Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf sebagaimana yang dinyatakan menerusi akta/enakmen perundangan Islam di negeri-negeri. Antara tajuk dan aktiviti yang dibincangkan:
1. Ice Breaking
2. Pengenalan Kepada Konsep Waqaf Dalam Islam
3. Pembangunan Tanah Waqaf
4. Pengurusan dan Perundangan Harta Waqaf Di Malaysia
5. Pelaksanaan Dan Penguatkuasaan Akta Dan Enakmen Negeri Berkaitan Dengan Pentadbiran Harta Waqaf Orang Islam
6. Projek-projek Waqaf di Malaysia / Wilayah Persekutuan
7. Kes-Kes Pertikaian Harta Waqaf Orang Islam Di Malaysia
8. Isu-isu Syariah berkaitan dana awam waqaf
 
Pengisian slot kursus telah dijayakan oleh beberapa orang fasilitator dan penceramah iaitu Puan Wan Esma binti Wan Ahmad, Perunding Latihan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), En. Muhamad Muzzammil bin Mat Rodzi, Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Puan Norhalisa bin Mujer, Eksekutif Pendaftaran Tanah, Bahagian Penyelidikan Dan PelaburanPerbadanan Waqaf Selangor(PWS), Pn. Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-undang, Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS), Encik Mohd Firdaus Mohamed Karim, Pengurus Kanan, Unit Dakwah dan Produk Waqaf, Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP),dan Dr. Mohamad Firdaus Ab Rahman, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Kursus ini telah dihadiri seramai 33 orang yang terdiri dari kalangan penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred.
 
Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memberi kefahaman dan kemahiran serta melahirkan pegawai yang menjadi rujukan dalam bidang waqaf.
 
ILIM mengharapkan agar pelaksanaan kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan pegawai rujukan yang berkemahiran dalam bidang pengurusan waqaf.