WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Cawangan Dasar Latihan (CDL) telah melakukan pengauditan dan pemantauan SKP ILIM ke Ilim Kampus Jelebu sebagai ujian rintis (pilot project) bagi bertujuan melihat dan menilai kualiti pengurusan latihan ILIM agar memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan bagi meningkatkan keberkesanan kualiti perkhidmatan penyampaian pengurusan latihan.
 
Pengauditan dan pemantauan ini dilaksanakan oleh Pegawai dari Cawangan Dasar Latihan ILIM Kampus dengan mengukur dan menilai 5 (lima) Dimensi iaitu kepimpinan institusi, penggunaan modul, pelaksanaan dan pemantauan program latihan, penyampaian latihan dan bimbingan serta pengurusan kursus. Elemen dan aspek pengukuran dalam SKP ILIM adalah bagi memastikan institusi latihan Islam setaraf dengan institusi latihan lain di Malaysia.
 
Pengauditan dan Pemantauan SKP ILIM melibatkan maklum balas daripada Pengarah Kampus, Pegawai Penyelaras, urus setia kursus, penceramah dan peserta bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta bidang-bidang yang perlu ditambah baik. Penilaian dan pemantauan ini merupakan satu langkah yang dapat mengukuhkan reputasi institusi dan menjadikan program latihan yang ditawarkan lebih relevan dengan keperluan semasa.