WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 11 Oktober 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia melalui Program Pengurusan Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Risikan Syariah. Kursus ini telah berlangsung selama lima hari bermula daripada 7 Oktober sehingga 11 Oktober 2024 (Isnin- Jumaat).

Kehadiran peserta adalah seramai 43 orang dalam kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus asas bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran peserta mengenai aspek-aspek penting dalam kaedah risikan supaya mereka dapat mengaplikasinya dengan betul dan berkesan semasa berada di lapangan.

Peserta kursus telah diberi pendedahan berkaitan Pengenalan Risikan, Etika & Budaya Kerja Pegawai Perisik, Sumber Risikan & Teknik Memperolehi Risikan, Teknik Ice Breaking & Penyungkilan Maklumat dan Teknik Penulisan Laporan Risikan. Modul kursus ini juga turut memberi pendedahan berkaitan Penyelewengan Akidah & Implikasi Kepada Keselamatan Negara: Perspektif Polis Diraja Malaysia dan Cabaran Perisikan Dalam Dunia Siber Masa Kini.

Bagi menggarap kemahiran peserta, mereka telah diberi tugasan  lapangan untuk membuat risikan. Sementara peserta juga diberi tugasan meninjau tempat-tempat strategik di sekitar Bangi untuk tujuan risikan.

Kejayaan kursus ini dibantu oleh tenaga pakar dalam bidang Risikan daripada Maktab PDRM Kuala Lumpur iaitu SUPT. Tuan Sham Sawie bin Kawi, DSP Tuan Yusnizam bin Md Yusof, DSP Tuan Adnan bin Kosni,  DSP Tuan Mohd Anuar bin Basir, ASP Tuan Mohammed Saiful Adli  bin Mohammed Shobri, ASP Tuan Seiful Anuar bin Abdul Khalid. Turut menjayakan kursus ialah SUPT Tuan Bakari bin Bakar daripada Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Harapan ILIM agar semua peserta kursus mendapat manfaat yang optimum sepanjang lima hari menjalani Kursus Asas Risikan Syariah 2024  ini seterusnya menjadi pegawai yang kompeten dalam menjalankan tugas seharian.