WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 10 Oktober 2024 โ€“ Cawangan Dasar Latihan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berjaya menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Bagi Penerbitan Buku Mutiara ILIM 2024 yang berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober di Bilik Kuliah al-Khawarizmi, Blok Akademik B, ILIM kampus Utama Bangi. Bengkel selama tiga hari ini dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan ILIM. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membekalkan peserta dengan kemahiran menulis yang berkesan, dengan memberi tumpuan kepada aspek psikologi pembaca, serta dinamika penerbitan masa kini.
ย 
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป
Peserta dilatih melalui panduan langkah demi langkah untuk menghasilkan penulisan yang jelas, padat dan mudah difahami. Mereka diajar bagaimana merangka idea, menyusun penulisan dengan teratur dan menggunakan gaya bahasa yang sesuai untuk pelbagai audiens. Dengan pendekatan ini, bengkel ini mampu melahirkan penulis yang mampu mencipta karya yang memberi impak positif kepada pembaca.
ย 
๐—•๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Zamri Mohamad, seorang penulis berpengalaman yang terkenal dalam bidang penulisan. Beliau memiliki latar belakang yang kukuh, termasuk pengalaman sebagai konsultan untuk Perbadanan Kota Buku dan ahli Jawatankuasa Kecil Penyelidikan dan Hak Cipta di Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Encik Zamri juga telah meraih pelbagai anugerah, termasuk pencalonan dalam The Book and The Beauty Book Award dan Anugerah Pilihan Pembaca Buku Popular.ย Dengan pendedahan dan latihan yang diperoleh, diharapkan para peserta dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti penulisan mereka terutama dalam sembilan (9) bidang Teras Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, sekaligus menyumbang kepada kualiti karya yang dihasilkan di masa hadapan.
ย 
ย 
ย 
ย