BANGI, 9 Oktober 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah melaksanakan Kursus Persediaan bagi peserta yang akan menghadiri Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di United Kingdom (UK) yang akan berlangsung pada 20 Oktober hingga 20 November 2024.
Objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) ke United Kingdom bagi tahun 2024 untuk membuat persiapan dan persediaan sebelum menghadiri kursus tersebut. Pengisian kursus persediaan ini meliputi pendedahan terhadap penggunaan bahasa Inggeris secara santai dan tenang, pendedahan berkaitan isu berkaitan LGBTQ+ serta sesi perkongsian pengalaman oleh peserta yang telah menghadiri kursus ini pada tahun 2023.
Seramai 17 orang peserta yang telah hadir secara bersemuka terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Kursus dimulakan dengan Taklimat Kursus Luar Negara yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Kepimpinan Islam, PKKI iaitu Puan Noraine binti Hamzah. Manakala sesi Taklimat Persediaan bagi International Leadership Engagement Programme 2024 yang telah disampaikan oleh Puan Czarina Alia binti Abdul Razak, Pengarah Urusan Matinn Consultancy Sdn. Bhd.
Seterusnya sesi English Session oleh Tuan Sheikh Omar bin Sheikh Anuar, English Trainer.
Sesi perkongsian berkaitan Kecelaruan Penentuan Jantina telah disampaikan oleh YBrs. Puan Wan Roslili binti Majid, Fellow, Pusat Kajian Syariah, Undang & Politik IKIM, manakala sesi perkongsian pengalaman kursus di London disampaikan oleh Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah, JAKIM.
Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang akan berkursus di sana nanti.