WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
LAHAD DATU | 8 OKTOBER 2024
 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu telah menerima kunjungan daripada Pengurusan Tertinggi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diketuai oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal; Pengarah Kanan ILIM pada 7-8 Oktober 2024.
 
Turut hadir dalam kunjungan selama dua hari satu malam ini adalah Puan Zaizurina binti Mansor; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Cawangan Dasar Latihan), Puan Shukreyah binti Zawawi; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam), Encik Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi; Pendaftar ILIM dan Encik Mohd Roska bin Mohamed Rasidek; Ketua Penolong Pengarah (Program Teras).
Ketibaan YBrs. Pengarah Kanan dan rombongan telah disambut baik oleh Encik Ilham Hussainy bin Abdul Raup; Penolong Pengarah ILIM Kampus Lahad Datu dan seluruh warga ILIM LD. Secara amnya, lawatan kerja ini bertujuan untuk menyelaras dan memperkasa program-program latihan serta aktiviti pengurusan di ILIM LD.
 
Sepanjang berada di sini, YBrs. Pengarah Kanan sempat melakukan tinjauan di beberapa kawasan di dalam kampus, khususnya yang terjejas akibat runtuhan dan mendapan tanah yang berlaku. Seterusnya, beliau mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi ILIM bersama kakitangan ILIM LD di Bilik Mesyuarat Abu Bakar al-Siddiq.
 
Usai mesyuarat tersebut, beliau dan rombongan sempat menikmati juadah tengah hari bersama warga kampus sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu bagi sesi lawatan kerja di ILIM Kampus Kundasang.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal; Pengarah Kanan ILIM dan rombongan atas kunjungan ke Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Segala pesanan, nasihat dan harapan yang diberikan akan kami genggam dan bulatkan usaha sehingga berjaya, insya-Allah.