Khamis, 3 Oktober 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Wacana Kepimpinan ILIM: “Kepimpinan Wanita dalam Membangun Malaysia MADANI” kepada penjawat awam wanita bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor. Wacana yang dihadiri oleh seramai 160 orang peserta ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap keupayaan kepimpinan wanita dalam pengurusan dan pentadbiran masa kini.
Sesi pembentangan program pada kali ini disampaikan oleh barisan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu YBrs. Encik Syaari bin Abd. Rahman, Pengarah Urusan Paradigma Ibrah Sdn. Bhd., YBrs. Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah, Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Tuan Syamsul Amri bin Abdul Razak, Jurulatih Utama, SABAR Training and Resources dan YBrs. Puan Muna Izzah binti Dato’ Fadzil, Perunding Personaliti Seanggun Bidadari.
Antara pengisian slot yang dibentangkan bertajuk : “Model Kepimpinan Saidatina Aishah R.A. dalam Membangun Malaysia MADANI”, "Membangun Ekosistem Kepimpinan Wanita Berdaya Saing dalam Menerajui Organisasi", Imej dan Keterampilan serta “Self-Leadership”.
Mudah-mudahan usaha ini dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri para peserta serta memberi impak positif kepada semua peserta. Supaya setiap ilmu yang telah diperolehi pada hari ini dapat diimplementasikan dalam kehidupan amnya dan khususnya dalam bidang kerjaya.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/