Bangi, 2 OKTOBER 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengadakan Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan (PK7) bermula pada 1 hingga 2 Oktober 2024. Kursus ini telah disertai oleh 44 orang peserta terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan khususnya pegawai yang terlibat secara langsung dalam perolehan di JAKIM dan beberapa jabatan lain.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan Perolehan Kerajaan (PK7) selain meningkatkan kompetensi pegawai dalam urusan berkaitan perolehan dan kewangan.
Penceramah daripada Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Puan Zarina binti Haron dan Puan Asyatul Hasanniah binti Amar telah berkongsi berkaitan Dasar, Kaedah Perolehan, Penyediaan Spesifikasi, Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak serta Isu Dalam Perolehan Kerajaan dan Pentadbiran Kontrak Kerajaan.
Semoga dengan kursus ini mampu meningkatkan kompetensi dan profesionalisme peserta dalam urusan berkaitan perolehan khususnya dan kewangan amnya.