Rabu, 02 Oktober 2024 – Kursus Latihan Kebakaran dan Teknik Asas Pertolongan Cemas telah dianjurkan oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 02 Oktober 2024 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan ILIM Kampus Utama Bangi telah menghadiri kursus ini. Objektif utama kursus ini adalah untuk:
- Memberi kefahaman kepada warga kerja ILIM mengenai Keselamatan Kebakaran dan Pertolongan Cemas;
- Melatih warga kerja ILIM langkah-langkah Pencegahan Kebakaran dan Panduan Asas Pertolongan Cemas; dan
- Pematuhan kepada Garis Panduan Pengurusan Pejabat – Pencegahan Kebakaran di Pejabat.
Kursus tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu secara teori dan juga praktikal dan telah dimulakan dengan taklimat mengenai Teori Cara Penggunaan Alat Pemadam Kebakaran yang telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Encik Abdul Syafiq bin Othman dibantu oleh Pegawai Bomba Encik Halim bin Omar, Pegawai Bomba Encik Muhammad Aliff Syazwan bin Zulkafle dan Pegawai Bomba Bantuan Encik Muhamad Irfan bin Mohd Asri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Dengkil dan KLIA Sepang, Selangor turut menyampaikan taklimat mengenai penggunaan alat pemadam api, teknik-teknik menyelamatkan mangsa kebakaran, teknik menangani binatang buas dan pembelajaran teknik asas pertolongan cemas.
Dengan adanya kursus ini adalah diharapkan ianya akan memberikan pengetahuan dan tambah nilai kepada peserta dalam menangani situasi kebakaran dan kecederaan dan kecemasan dan tidak panik dalam situasi yang berkenaan.