WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Khamis, 26 September 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah berjaya menganjurkan Seminar Kelestarian Institusi Masjid kepada penjawat awam pelbagai skim perkhidmatan dan gred serta masyarakat awam bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.

Seminar yang dihadiri seramai 175 orang peserta ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penglibatan dan sokongan komuniti dalam memastikan kelestarian institusi masjid tercapai merangkumi aspek alam sekitar, pengurusan kewangan dan sumber manusia.

Sesi pembentangan seminar ini dikendalikan oleh panel yang pakar iaitu YBrs. Dr. Ahmad Fahmi bin Md. Sahray, Ketua Unit Spiritualiti dan Kesihatan dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, YBrs. Dr. Muhammad Safwan bin Harun, Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul (UM), dan YBrs. Encik Muhamad Muhtazam bin Noor Din, Pengurus Sustainable Energy, Malysian Green Technology and Climate Change Corporation.

Antara pengisian slot yang dibentangkan bertajuk : "Intervensi Institusi Masjid Dalam Kelestarian Kesihatan Mental Masyarakat", "Pembangunan Masyarakat Harmoni Melalui Institusi Masjid", dan "Pembangunan Lestari Dalam Institusi Masjid".

Mudah-mudahan usaha ini dapat memberikan maklumat dan gambaran yang jelas tentang kepentingan institusi masjid kearah pembangunan ummah secara holistik.

Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/