WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 September – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Pengaplikasian Takhrij Hadis Dalam Perkhidmatan Awam kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 29 orang peserta.

Kursus ini dilaksanakan bermula pada 24 hingga 26 September 2024 bertempat di Bilik Abdul Qadir Jailani, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang hadis iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah Program Teras, ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi kefahaman tentang pengaplikasian ilmu takhrij hadis dan kepentingannya dalam konteks perkhidmatan awam serta meningkatkan kesedaran tentang penggunaan hadis yang sahih dalam pembuatan dasar dan keputusan berkaitan dengan perkhidmatan awam.