Bangi, 26 SEPTEMBER - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Fiqh Veterinar Dalam Pensijilan Halal bermula pada 24 hingga 26 September 2024 di Bilik Al Khawarizmi Aras 1 , Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini telah disertai seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam , Jabatan Agama Islam Negeri-negeri , Kementerian dan lPTA.
Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi meningkatkan pengentahuan dan kefahaman berkaitan fiqh veterinar dalam pensijilan halal dan mengenal pasti permasalahan,kaedah dan penyelesaian kepada isu-isu veterinar menurut Islam serta mengaplikasikan fiqh veterinar dalam menguruskan pensijilan halal.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Dr.Lokman Ab Rahman, Encik Mohd Amri bin Abdullah (BPH), Dr. Syed Shahridzam bin Syed Mohamad (Jab. Mufti Wilayah), Dr. Muhammad Razli bin Abdul Razak (Jab. Veterinar) dan Dr. Aizam bin Mas’od (BPH) JAKIM.
Antara perkara-perkara yang telah diberi penekanan ialah berkaitan Pengenalan Veterinar, Fiqh Islam dan Haiwan, Pengurusan Haiwan Ternakan Untuk Komersial, Persoalan Najis Mughalazah, Kaedah Menyamak Najis Mughalazah, Persoalan Darurat, Haiwan Jallalah dan Fiqh Mu’asarah.
Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan keyakinan dan profesionalisme peserta untuk menilai, memantau operasi pemprosesan dan pengendalian makanan halal.