Besut, 24 September πππ4 / 20 Rabiulawal πππ6π - Institut Latihan Islam Kampus Utama Bangi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Organisasi, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan Kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut telah menganjurkan Program Transformasi JAKIM Siri 2/2024 kepada pegawai dan kakitangan JAKIM yang terdiri daripada Pegawai Pelaksana (Gred 19-40).
Program ini diadakan pada 22 hingga 24 September 2024 (Ahad-Selasa) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut (IKB). Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkasakan kecemerlangan kepimpinan masa depan JAKIM dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta profesionalisme pegawai dalam mendokong agenda kerajaan dan perkhidmatan hal ehwal Islam.
Program ini telah dikendalikan sendiri oleh para fasilitator ILIM. Antara pengisian program ini ialah slot ice breaking, semarak ukhwah, pembangunan kumpulan, pembentangan kumpulan, terkenang semasa dahulu, master chef sejiwa dan menara impian transformasi. Pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar secara fizikal atau mental ini diharap dapat membantu meningkatkan keyakinan diri peserta terutamanya dalam menangani tugas-tugas dan cabaran di tempat kerja.
Selain itu, Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal turut menyampaikan pengisian dalam slot βSharing Session. Manakala Encik Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah Program Teras dan Encik Ruslan bin Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut turut menyampaikan pengisian dalam slot βReflection Sessionβ.
Sepanjang mengikuti program ini peserta telah memperoleh pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta turut didedahkan dengan aktiviti outdoor yang dapat memantapkan mental, jasmani dan rohani ke arah pengukuhan sahsiah dan jati diri, ukhuwwah, keakraban dan budaya kerja berpasukan warga JAKIM.
Semoga penganjuran program ini dapat membantu peserta untuk memahami matlamat bersama dan nilai-nilai organisasi. Hal inj penting untuk memastikan bahawa setiap peserta dalam pasukan memahami visi dan misi organisasi serta bersedia bekerja menuju matlamat yang sama. Penutupan program disempurnakan oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Β