WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
ILIM, Bandar Baru Bangi , 13 September 2024 - Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syaríe dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam (Tahap Pertengahan 2) telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 09 hingga 13 September 2024.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 41 orang peserta dalam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam dari Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK Care Centre) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat dengan khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan Islam.
 
Kursus ini bertujuan antara lainnya adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kaunseling syar'ie dan pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam dan meningkatkan kepakaran serta kemahiran pegawai khususnya dalam mengendalikan isu dan kes yang dihadapi oleh klien.
 
Kursus bermodul ini adalah anjuran bersama Seksyen Siyasah Syar'iyyah di bawah Program Pembangunan Insan (PPI) ILIM Kampus Utama Bangi dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM menampilkan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Dr. Haji Mohd Noor bin Saper (UPSI), Dr. Syed Shahridzan bin Syed (Pejabat Mufti WP), Dr. Norfaridah binti Masiran (Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat), Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof (JAKIM), Dr. Jazilah binti Mohd Saad @ Mat Saud (JKSM), Tuan Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab (JKSM), Tuan Azharizal bin Ilyas (Mahkamah Syariah WP) dan Puan Norul Aida binti Bahari (JKSM).
 
Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik di sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu yang telah dikongsikan oleh semua penceramah dapat difahami dan mampu diaplikasikan terutama dalam tugasan sebagai pegawai khidmat nasihat dan rundingcara.