Bangi - 12 September 2024, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang indah. Dari segi sebutan, vokal dominan dalam struktur suku kata, dan setiap suku kata mempunyai nada. Ciri-ciri ini menjadikan Bahasa Mandarin penuh dengan irama, keharmonian, dan keindahan muzik yang menyenangkan.
Dari segi perbendaharaan kata, disyllabic atau suku kata adalah dominan, pembentukan perkataan adalah fleksibel dan pelbagai, dan perbendaharaan kata kaya, yang boleh mencerminkan fenomena sosial yang kompleks dan menyatakan pemikiran dan perasaan yang halus. Dari segi tatabahasa, gabungan unit bahasa di semua peringkat adalah konsisten. Perintah perkataan dan perkataan fungsi adalah cara gabungan yang paling penting.
Pada tanggal 10 September 2024 hingga 12 September 2024 telah berlangsung selama 3 hari Kursus Asas Bahasa : Berjalan ke Beijing (Mandarin) yang disertai oleh 55 orang peserta serta dipimpin oleh penceramah jemputan iaitu Prof.Madya Dr. Ang Lay Hoon . Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa Mandarin semestinya memberikan sesuatu yang terbaik buat semua peserta .
Objektif utama kursus ini adalah pengenalan kepada peserta tentang asas Bahasa Mandarin, sistem sebutan hanyu pinyin,aplikasi hanyu pinyin lirik & lagu,keluarga,tarikh & masa serta tegur sapa. Kursus ini juga diharap dapat membina kemahiran asas peserta berkomunikasi dengan masyarakat cina disekeliling menggunakan bahasa mandarin dengan lebih tepat dari segi sebutan dan penulisan. Semoga peserta kali ini mendapat manfaat dari kursus ini dan mencetuskan minat mendalami lagi bahasa mandarin diperingkat yang lebih tinggi.