WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 September 2024 – Dunia terus bergerak dengan pantas. Perkembangan teknologi yang pesat, perubahan sosial yang dinamik, serta kemunculan pelbagai isu kontemporari telah menghadirkan cabaran baharu bagi umat Islam. Di tengah-tengah arus perubahan ini, peranan fatwa semakin penting. Bagaimana hukum Islam yang bersifat universal dapat memberikan jawapan yang relevan terhadap permasalahan-permasalahan yang semakin kompleks?
 
Justeru itu, bagi meningkatkan kompetensi profesionalisme dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Program Teras telah berjaya melaksanakan Kursus Pemikiran Strategik dalam Pembangunan Fatwa pada 10 hingga 12 Oktober 2024 bertempat di Bilik Al-Khawarizmi, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi melibatkan seramai 25 orang perserta majoritinya terdiri daripada pegawai dalam skim perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Kursus ini juga telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Objektif perlaksanaan kursus bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, MAIN, JAIN, Jabatan Mufti dan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) mengenai keperluan pemikiran strategik dalam menganalisis isu-isu kontemporari dari perspektif syariah bagi merumuskan relevensi fatwa yang komprehensif.
 
Modul latihan meliputi aspek pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai sepanjang kursus ini telah dibimbing oleh penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dari Universiti Kebangsaan Malaysia antaranya Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dr. Muhammad Nazir bin Alias dan Dr. Ahmad Irdha bin Mokhtar. Kursus selama tiga hari ini telah berjaya mendapatkan maklum balas yang baik dari kalangan peserta dalam memperkasa para peserta dengan pemahaman mendalam mengenai pemikiran strategik dalam konteks aplikasi pembangunan fatwa. Selain itu, kursus ini juga berjaya melatih peserta mengenai pembangunan kemahiran analisis terhadap isu-isu fiqh kontemporari serta kaedah merumuskan relevansi fatwa yang komprehensif dan tepat. Semoga latihan yang diperolehi mampu meningkatkan kompetensi profesionalisme pegawai Hal Ehwal Islam di Malaysia.