WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 September 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus MADANI Perkhidmatan Awam Siri 2/2024 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus yang bermula dari 11 hingga 12 September 2024 ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta dari pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan pegawai Kumpulan Pelaksana daripada kalangan warga JAKIM dan pegawai dari lain-lain jabatan serta agensi.
 
Objektif kursus ini diadakan adalah antara lain untuk menerangkan konsep Membangun Malaysia MADANI, menjelaskan enam (6) nilai teras Malaysia MADANI, menjelaskan lima (5) dimensi pasca normal yang menjadi cabaran terhadap lapan (fokus elemen utama Malaysia MADANI dan mengaplikasikan prinsip The G.R.E.A.T Civil Service bagi menyokong pelaksanaan gagasan Malaysia MADANI bertunjangkan kehendak maqasid syariyyah.
Kursus selama dua (2) hari ini turut telh menampilkan barisan penceramah dan fasilitator daripada ILIM iaitu Encik Zulkifli bin Tukiman, Encik Azhar bin Tuarno, Puan Zaedah binti Abu Bakar, Encik Farees Fahmi bin Badrul Hisham dan Puan Nor Junaidah binti Jaafar serta Puan Shahira Husna binti Jamaluddin daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.
 
Dalam kursus selama dua (2) hari ini, pelbagai pengisian dan aktviti telah disusun dan dikendalikan seperti MADANI Challenge, Qudwah MADANI dan Road To MADANI: The Implemention Of The Greate Civil Service dalam memastikan objektif kursus yang ditetapkan dapat dicapai.
Para peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik di sepanjang program berlangsung.
Semoga setiap falsafah di sebalik nilai-nilai teras Malaysia MADANI dalam kursus tersebut mampu diaplikasi dalam tugasan mereka di penempatan masing-masing.