Lahad Datu | 3-5 September 2024
Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Fiqh Darah Wanita : Haid, Nifas & Istihadah yang berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula pada 3 hingga 5 September 2024.
Objektif utama di sebalik penganjuran kursus ini adalah memberi pendedahan tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan darah wanita serta kesannya terhadap status kesucian dan kesahan ibadah. Menjelaskan solusi dan penyelesaian bagi merungkai kekeliruan dalam mengenalpasti jenis darah serta tindakan yang seharusnya dilakukan. Menyuntik kesedaran dan kefahaman bahawa isu darah wanita tidak sewajarnya dipandang remeh kerana ia melibatkan ibadat-ibadat wajib dalam agama.
Seramai 45 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada penjawat awam dan masyarakat awam. Para peserta juga memberi respon yang sangat positif semasa pembelajaran dan memberi komitmen penuh semasa program berjalan.
Penceramah Ustaz Mohd Hanapiah bin Haji Hussin telah diundang sepanjang berlangsungnya kursus ini. Beliau merupakan penceramah yang berkepakaran tinggi dan berpengalaman luas, lebih-lebih lagi dalam bidang yang berkaitan juga merupakan ahli panel hukum Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Rata-rata peserta yang ditemui berkata pengisian yang disampaikan sangat berpuas hati dan difahami dengan jelas sekali gus berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Semoga dengan terlaksananya kursus ini membuahkan manfaat dan kebaikan yang besar kepada para peserta.