Paroi, 6 September 2024 - Sesi Perjumpaan dan Perbincangan ini diadakan lanjutan dari keputusan pihak ILIM mengenai cadangan untuk mengadakan Seminar emansipasi golongan OKU mengikut Zon dan kali ini tiba giliran Zon Selatan.
Sejajar dengan itu, satu sesi perbincangan kolaborasi antara ILIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah diadakan pada petang 6 September 2024 di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan.
Lanjutan dari itu, pihak ILIM dan JHEAINS telah bersetuju untuk mengadakan seminar berkenaan pada 1 oktober 2024 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dan dihadiri oleh tujuh (7) orang pegawai ILIM diketuai oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal beserta dua belas orang (12) staff JHEINS.
Adalah diharapkan agar sesi perbincangan ini menjadi asas terhadap perancangan pelaksanaan seminar ini nanti.