WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 30 Ogos 2024 – Satu sesi perkongsian bertajuk Insight Session With Dr. Mohammed Farid Ali Al-Fijawi: Training and Inculcation Of Good Character-Traits telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium As-Syafie, Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, hari ini. Sesi perkongsian ini adalah anjuran bersama Surau Salahuddin Al-Ayyubi ILIM (SSAI) dan Kelab Kebajikan Warga ILIM (KKWI) dengan dihadiri seramai 80 orang pegawai dan kakitangan ILIM.
 
Sesi perkongsian ini telah menampilkan penceramah iaitu Dr. Mohammed Farid Ali Al-Fijawi, Chief Excecutive Officer, Ulul Albab Islamic Institute New Zealand dan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
 
Penceramah juga turut berkesempatan dibawa melawat ke Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.
 
Semoga program ini meningkatkan lagi jalinan ukhuwah di samping bertukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan, pengurusan dan penyelidikan latihan di antara ILIM dan Ulul Albab Islamic Institute New Zealand.