WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 29 Ogos 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Organisasi, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah menganjurkan Seminar Kesejahteraan Psikologi dengan Tema: ‘’Membangunkan Personaliti Rabbani dalam Perkhidmatan Awam’’.
 
Seminar ini dihadiri oleh seramai 350 penjawat awam pelbagai skim perkhidmatan dan gred serta masyarakat awam. Tujuan seminar ini diadakan antara lain untuk memberikan pendedahan tentang cara menangani masalah-masalah psikologi berdasarkan pendekatan Islam serta meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan membangun personaliti Rabbani dalam perkhidmatan awam.
 
Antara pengisian slot seminar ini ialah Kecelaruan Mental: Punca dan Tahap Mudarat yang disampaikan oleh YBrs.Prof. Dr. Zainab binti Ismail, Timbalan Presiden PAKSI. Seterusnya pengisian slot kedua pula bertajuk Kecelaruan Personaliti: Apa yang Perlu Kita Tahu yang disampaikan Oleh YBrs. Dr. Naniyati binti Shuib Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Selain itu, Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal turut menyampaikan pengisian dalam slot Membangun Personaliti Rabbani dalam Perkhidmatan Awam.
 
Semoga penganjuran seminar ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap masalah kesihatan mental dan memberi pemahaman yang lebih baik mengenai penyakit mental agar masyarakat lebih bersedia jika berhadapan dengan situasi berkaitan.
 
Pengurusan kesihatan mental sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian yang harmoni dan sejahtera sekaligus membantu untuk membentuk personaliti Rabbani dalam kalangan masyarakat.