WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 29 Ogos 2024 - Malaysia salah satu negara yang terpaksa menerima besarnya pengaruh budaya korea seperti makanan ,hiburan dan fesyen.Contohnya pengaruh yang terbesar adalah melalui muzik genre K-POP yang mungkin boleh mendatangkan imej negatif dalam masyarakat.Dalam kesedaran ini,Unit Tarbiyyah dan Tadribiyyah Program Pembangunan Insan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi pada kali ini menganjurkan Kursus Asas Bahasa Dakwah :Train to Busan yang antara lain mempunyai objektif untuk meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dan menyampaikan dakwah Islam kepada warganegara Korea dan memberi kesedaran kepada peminat di Malaysia.
Pada peringkat awal atau asas bagi Bahasa Korea adalah bertujuan untuk membolehkan peserta menyebut dan menulis huruf -huruf dengan tepat dan betul dalam bahasa Korea.
Apabila peserta sudah dapat membaca dan menulis perkataan-perkataan asas, peserta kemudiaannya akan diajar tentang kemahiran membaca dan menulis ayat pendek. Seterusnya, peserta akan mempelajari ungkapan-ungkapan dan perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan harian melalui buku modul yang disediakan.
Kursus yang yang berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Ogos 2024 turut dihadiri oleh 48 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan jabatan memfokuskan untuk mengenali dan menguasai kota kata Bahasa Korea yang umum dalam interaksi sosial secara santun serta memahami sensitiviti dan pantang larang dalam dakwah kepada masyarakat Korea. Di samping itu para peserta juga didedahkan kepada usaha-usaha dakwah kepada masyarakat Korea, tempat-tempat yang menarik di Korea dan makanan halal di Korea.
Penceramah jemputan adalah seorang yang mempunyai segulung Ijazah Sarjana Muda dari Universiti KyungHee di Seoul,Korea Selatan dalam bidang pengajian Bahasa Korea.Pengalaman beliau dalam usaha menguasai Bahasa Korea selama 6 tahun telah dinukilkan melalui Harian Metro bertarikh 21 Mac 2022 .Beliau yang dimaksudkan adalah En.Muhammad Farhan bin Razali.
Semoga Kursus Asas Bahasa Dakwah : Train to Busan pada kali memberi manfaat yang berguna kepada semua peserta dan diteruskan pada masa hadapan.