WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi,30 Ogos 2024 - Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Majlis Ugama Islam Singapura.

Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Dr Izal bin Mustafa Kamar, Timbalan Mufti merangkap Ahli Jawatankuasa Falak MUIS  bersama barisan pengurusan MUIS.

Hadir bersama Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras, Puan Zaizurina  binti Mansor, Timbalan Pengarah, Cawangan Dasar Latihan, Puan Shukreyah binti Zawawi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Program Kecemerlangan dan Kepimpinan Islam, Encik Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi, Pendaftar ILIM, Puan Zaharah binti Abas, Ketua Penolong Pengarah, Program Pengurusan Hal Ehwal Islam, dan barisan Pengurusan ILIM.

Delegasi ini juga turut dibawa melawat ke Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.

Semoga kunjung hormat ini meningkatkan lagi jalinan ukhuwah di samping bertukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan, pengurusan dan penyelidikan latihan bagi melatih  dan  melestarikan ilmu falak serantau khususnya bagi negara Singapura.