Bangi, 22 Ogos – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Penghakiman Tilawah Al-Quran kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 37 orang peserta. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 20 hingga 22 Ogos 2024 bertempat di Bilik Ibn Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs. Tuan Haji Ikmal Zaidi bin Hashim, Pensyarah Universiti Islam Selangor (UIS) dan YBrs. Tuan Hasim bin Harun, mantan Pensyarah IPG Bangi. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi kefahaman mengenai standard penghakiman tilawah al-Quran serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang-bidang penghakiman tilawah al-Quran seterusnya membina keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang teknik penghakiman tilawah al-Quran kepada para peserta.