WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Ogos 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Program Pengurusan Hal Ehwal Islam telah melaksanakan Kursus Penguatkuasaan Syariah. Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 20 – 22 Ogos 2024.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berkaitan aspek-aspek penting dalam risikan serta dapat mengaplikasikan kaedah, teknik yang betul dan berkesan semasa menjalankan tugas di lapangan.  Pegawai Penguatkuasa Agama perlu “Bina Karekter, Mahir Undang-Undang” dalam melengkapkan diri menjadi seorang pegawai yang kompeten semasa menjalankan tugas.

 Seramai 33 orang peserta telah hadir bagi menjayakan kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama negeri-negeri seluruh Malaysia. Turut hadir juga Pegawai Syariah, Jabatan Pendakwaan daripada Negeri-Negeri.

Empat (4) orang tenaga pakar dalam bidang penguatkuasaan telah dijemput dalam berkongi ilmu bersama-sama dengan peserta. Mereka adalah Tuan Haji Ahmad Zaki bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan, Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah, JAKIM, Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir, Pegawai Syariah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Puan Norhanini binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Antara tajuk-tajuk yang disampaikan dalam kursus ini adalah berkaitan Operasi Penangkapan, Kaedah Sitaan, Waran, Saman & Jaminan, Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama. Terdapat satu slot praktikal berkenaan isu-isu & pengendalian kes jenayah, di mana peserta diberi tugasan untuk melakonkan isu-isu kes jenayah seterusnya membuat pembentangan berdasarkan pengendalian kes-kes tersebut.

Semoga kursus ini mencapai objektif yang disasarkan dan berupaya melahirkan Pegawai Penguatkuasa Agama yang kompeten dalam menjalankan tugasan.