WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Ogos  - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pemahaman Sains dan Teknologi Makanan Halal  pada 20 hingga 22 Ogos 2024 di Bilik Al Khawarizmi Aras 1 , Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam , Jabatan Agama Islam Negeri-negeri , IPTA,Kementerian dan lain lain agensi.

Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip teknologi makanan menurut syariat dan juga untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai system pengeluaran makanan halal dan toyyib berdasarkan teknologi pemprosesan makanan terkini.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Dr.Lokman Ab Rahman, Puan Akmaliza binti Kamarulzaman (BPH), Encik Shahrul Ridhwan bin S.Ali (BPH), Puan Nabihah binti Abd Rahman (KKM) ,Puan Atikah Jalilah binti Jusoh (KKM), Dr. Aizam bin Mas’od (BPH) dan Puan Izan Muhaimin binti Mohd Razali dari BPH JAKIM.

Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan Konsep Makanan Menurut Syariat, Teknologi Makanan,Pembungkusan dan Pelabelan juga Sistem Jaminan Keselamatn Makanan.dan lain lain yang berkaitan..

Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan keyakinan dan profesionalisme peserta untuk menilai, memantau operasi pemprosesan dan pengendalian makanan halal.