ILIM, Bandar Baru Bangi , 14 Ogos 2023
Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syaríe dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam (Tahap Pertengahan 1) telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 12 hingga 14 Ogos 2024. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta dalam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam dari Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK Care Centre) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat dengan khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan Islam.
Kursus ini selain bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan kaunseling syar'ie dan pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam, kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran pegawai khususnya dalam mengendalikan isu dan kes yang dihadapi oleh klien.
Kursus bermodul ini adalah anjuran bersama Seksyen Siyasah Syar'iyyah di bawah Program Pembangunan Insan (PPI) ILIM Kampus Utama Bangi dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM menampilkan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu YBrs. Prof. (B) Dr. Zainab binti Ismail (Kaunselor Berdaftar), Encik Muhammad Fadli bin Amat (MITI), Tuan Haji Norazman bin Amat (MAINS), Encik Azhar bin Tuarno (ILIM), Puan Azlina binti Soaed (JAIS), Dr. Alyasak bin Berhan (JHEAINS) dan Puan Norul Aida binti Bahari (JKSM).
Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik di sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu yang telah dikongsikan oleh semua penceramah dapat difahami dan mampu diaplikasikan terutama dalam tugasan sebagai pegawai khidmat nasihat dan rundingcara.