WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 14 Ogos 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Cawangan Khidmat Pengurusan telah mengadakan Kursus Pemeriksaan Aset dan Verifikasi Stor Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) kepada Pegawai Unit Pengurusan Aset dan Stor, Pemeriksa Aset dan Pemverifikasi stor yang telah dilantik di setiap Bahagian atau PTJ JAKIM. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 14 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Makmal Komputer, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.

Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pemeriksaan aset alih yang berkesan, memberi kefahaman serta mempraktikkan penggunaan modul Pemeriksaan Aset dan Verifikasi Stor di dalam Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) kepada Pegawai Pemeriksa dan Pemverifikasi Stor yang dilantik dan meningkatkan kefahaman berkenaan penggunaan Borang Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-11).

Kursus ini telah dihadiri seramai 37 orang peserta daripada JAKIM Ibu pejabat dan PTJ JAKIM. Seramai dua (2) orang penceramah dan fasilitator telah diundang khas dari Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia bagi menjayakan kursus ini iaitu Puan Nurul Athirah binti Mohamad Nazri, Pegawai Teknologi Maklumat dan Puan Nurain Afiqah binti Mohd Hambali, juga Pegawai Teknologi Maklumat.

Majlis penutupan kurus ini telah disempurnakan oleh Puan Suhairina binti Sudirman, Timbalan Pendaftar (ICT), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi. Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat melaksanakan pemeriksaan ke atas semua Aset Alih dan verifikasi stor di JAKIM Ibu pejabat dan di semua PTJ JAKIM seratus peratus (100%) menggunakan modul Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA).