Bangi, 15 Ogos 2024 – Majlis Amanat Pengarah Kanan ILIM dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peingkat ILIM 2024 telah diadakan pada 15 Ogos 2024 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor .
Majlis ini disempurnakan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Dalam majlis ini juga, Pengarah Kanan telah menyampaikan amanat dengan perkongsian beberapa idea yang sangat baik antaranya :
- Jadikan diri kita sebagai aset yang bernilai untuk membimbing orang lain. Jadilah pembimbing kepada kakitangan yang baru berkhidmat.
- Setiap warga ILIM perlu laksanakan tugasan dengan sebaiknya dan wujudkan suasana harmoni dan amalkan budaya menghormati dalam kalangan kakitangan. Saling bekerja dalam bentuk pasukan antara warga ILIM.
- Pendekatan "address the elephant in the room" - Pendekatan membangunkan manusia demi keharmonian organisasi ILIM. Jangan amalkan pendekatan "carrot-and-stick".
- Manusia akan menjadi mangsa kepada manusia yang lain jika tersilap seni dan gaya kepimpinan "homo homini lupus".
Dalam amanat tersebut beliau turut berpesan kepada semua Pegawai dan Kakitangan agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk mengekalkan kejayaan ILIM dan terus melaksanakan yang TERBAIK untuk ILIM.