WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kundasang,  08 Ogos 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM Kampus Utama Bangi melalui Seksyen Akidah dan Pemikiran Islam, Program Teras ILIM dengan kerjasama ILIM Kampus Kundasang telah berjaya melaksanakan Kursus Pemahaman Dialog Antara Agama @ Borneo yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 06 Ogos sehingga 08 Ogos 2024 bertempat di ILIM Kampus Kundasang, Sabah.

Kursus ini adalah bermatlamat antara lainnya melatih peserta mengaplikasi kemahiran dialog antara agama di samping mewujudkan hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai agama. Seramai 30 orang Pegawai Hal Ehwal Islam pelbagai gred dari JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti dan lain lain skim telah menyertai kursus ini.

Dua orang penceramah yang pakar dalam bidang dialog antara agama kontemporari telah dijemput untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Beliau adalah Dr. Zaifuddin Md. Rasip dan Prof. Madya Dr. Suraya Bte Sintang yang mana kedua-duanya adalah Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semoga kursus ini dapat memperlengkapkan peserta dengan kesedaran, ilmu dan kemahiran berkaitan dialog antara agama.