Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 6 – 8 Ogos 2024 yang lalu. Kursus ini menyasarkan jemputan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam dan NGO’S di sekitar daerah pantai timur Sabah.
Melalui kursus ini, para peserta telah diperkenalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Didedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap akidah dan keselamatan negara. Membincangkan langkah untuk menangani fahaman yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pelbagai slot menarik dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Agama Dan Fitrah Manusia, Akidah : Pengertian, Ciri-Ciri, Sumber Dan Kesannya Dalam Kehidupan, Ahli Sunnah Wal Jamaah; Suatu Pengenalan, Konsep Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Keperluan Umat Islam Kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kajian Kes; Isu-isu Semasa Akidah Di Malaysia, Ancaman Syiah Dan Ajaran Salah Di Malaysia dan Ancaman Islam Liberal Dan Pluralisme Agama Di Malaysia. Majlis penyampaian sijil dihadiri dan disampaikan oleh Ustaz Hamid bin Sabran selaku Wakil ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM.