Bangi, 24 Julai 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima lawatan dari Bahagian Dasar dan Kemajuan Islam, JAKIM bagi membincangkan jalinan kerjasama sebagai rakan strategik siri-siri latihan untuk Pembangunan Pelan Strategik JAKIM 2026-2030.
Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Zaidi Ramli, Pengarah Kanan BDKI disambut baik oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan dan pengurusan ILIM.
Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan mewujudkan jalinan hubungan kerjasama yang strategik di antara BDKI dan ILIM dalam merangka dasar terutama dalam siri latihan bagi Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di JAKIM.
Semoga jalinan kerjasama di antara ILIM dan BDKI ini dapat diteruskan bagi membantu pelaksanaan dasar latihan khususnya kepada pegawai hal ehwal Islam.