WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 24 Julai 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia melalui Program Pengurusan Hal Ehwal Islam telah berjaya menganjurkan Kursus Saksi Kompeten. Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bermula daripada 22- 24 Julai 2024 (Isnin- Rabu).

Kehadiran peserta adalah seramai 39 orang dalam kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Pegawai hal Ehwal Islam dan Pegawai Syariah seluruh Malaysia.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta dengan ilmu berkaitan prosiding perbicaraan di Mahkamah Syariah terutamanya peranan mereka sebagai saksi di mahkamah.

Sebanyak 3 kes telah dibicarakan dalam sesi simulasi iaitu kes Judi, Minuman Memabukkan dan Kes Memiliki Dokumen yang Bertentangan dengan Hukum Syarak. Peserta dilatih supaya menjadi seorang saksi yang memahami prosiding perbicaraan, tahu konsep pembuktian, pendakwaan dan seterusnya berani serta yakin menjadi saksi yang berpengetahuan di mahkamah.

Jemputan penceramah dan fasilitator terdiri daripada pengamal undang-undang yang pakar dalam bidang ini, mereka adalah Tuan Atras bin Mohamad Zin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari, Ketua Seksyen Rayuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Tuan Shafezan bin Rusli, Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Semoga semua peserta kursus mendapat manfaat yang optimum sepanjang tiga hari menjalani Kursus Saksi Kompeten ini seterusnya menjadi pegawai yang kompeten dalam menjalankan tugas seharian.