Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya orang Islam. Dakwah memainkan peranan penting dalam ajaran Islam dan ia adalah tanggungjawab semua umat Islam untuk berdakwah dan menyebarkan nilai-nilai Islam yang tulen dari segi tindakan, sikap, menghapuskan doktrin yang salah dan hak-hak dalam hidup.
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), telah menganjurkan Islamic Affairs In Malaysia: Governance & Administration Course melibatkan penyertaan seramai 14 orang peserta dari Negara Sri Lanka pada 14 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, Selangor.
Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memainkan peranan yang efektif dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia serta untuk mempromosikan keharmonian dan pembangunan komuniti yang berterusan.
Peserta telah didedahkan kepada aspek teori dan praktikal dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Oleh itu, apabila berjaya menamatkan kursus ini diharapkan para peserta dapat memahami konsep kesederhanaan beragama dengan matlamat untuk menggalakkan toleransi dan keharmonian serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.
ILIM telah bekerjasama dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia untuk merangka modul komprehensif bagi kursus ini. Metodologi pengajaran dan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ceramah, aktiviti bilik kuliah, sesi perbincangan, kerja berkumpulan dan lawatan.
Adalah diharapkan kursus ini berupaya membantu peserta dalam memahami pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam dan mengemukakan cadangan serta strategi untuk penambahbaikkan pengurusan hal ehwal Islam ke arah melahirkan modal insan yang membangun dari aspek peribadi dan pemikiran dalam membentuk masyarakat bertamadun dan negara maju.