Bangi, 25 Julai – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Interaktif Seni Penyampaian Tadabbur al-Quran kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 53 orang peserta. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 23 hingga 25 Julai 2024 bertempat di Auditorium Al-Syafie, Blok Akademik A, Kampus Utama Bangi.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs. Tuan Lutfil Hadi bin Rosmanirzam, Jurulatih Akademi Sinergi Ikhlas, YBrs. Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud, Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM dan YBrs. Tuan Syahmi Syazeril bin Azmi, CEO Tadabbur Centre Sdn. Bhd. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi pengetahuan tentang teknik penyampaian tadabbur al-Quran secara interaktif dan menarik seterusnya membina kemahiran dan keyakinan peserta dalam menyampaikannya dengan mengaplikasikan teknik yang efektif serta dapat memperkenalkan dimensi baharu dalam aspek penyampaian tadabbur al-Quran kepada para peserta.