WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

25 Julai 2024 - Konsep muamalat ialah perkara yang disyariatkan bersangkutan dengan dunia seperti jual beli, simpanan, pinjaman, gadaian, kontrak dan sebagainya.

Menurut Abdullah Mohamad “Muamalat merujuk kepada hukum-hukum syara’ yang disusun untuk tujuan urusan sesama manusia di dunia.”

Islam adalah addin yang mengatur dan menyusun hidup manusia dalam semua aspek kehidupan daripada segi iktikadnya, ibadatnya, muamalatnya, ekonominya, politiknya dan sebagainya.

ILIM membuka ruang kepada penjawat awam untuk memahami konsep muamalat yang diamalkan dalam urusan harian dengan melaksanakan Kursus Asas Fiqh Mamalat pada 23-25 Julai 2024 yang berlangsung secara bersemuka di Institut Latihan Islam Malaysia.

Pengisian slot kursus telah dijayakan oleh beberapa orang penceramah iaitu :

  • Prof. Dr. Azman bin Abd. Rahman, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH),Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Dr. Zamzuri Zakaria, Pensyarah Kanan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Encik Azmi Wazir, Pengurus Jabatan Syariah & Ketua Unit Penasihat dan Pembangunan Syariah Institusi Kewangan Islam,Kuwait Finance House Malaysia Berhad
  • Encik Wan Amyrajh Fairash Bin Wan Abdul Hamid, Penceramah bebas
  • Encik Wan Rumaizi Wan Husin, Aeon Bank Malaysia berhad, Chairman of Shariah Committee

Kursus ini telah  dihadiri seramai 23 orang yang terdiri dari kalangan penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred.

Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman mengenai Fiqh Muamalat secara teori dan amalan praktikal.

Antara tajuk dan aktiviti yang dibincangkan:

  • Ice Breaking
  • Islam Sebagai Jalan Kehidupan & Sistem Ekonomi Islam
  • Asas Fiqh Muamamalat OKU
  • Sistem Muamalat Islam
  • Kontrak Dalam Islam
  • Sistem Perbankan Islam
  • Konsep Risiko Dan Takaful
  • Tadbir Urus Syariah (Shariah
  • Governance) & Isu-Isu Dalam Sistem Muamalat Masakini
  • Ketidakpatuhan Syariah

ILIM mengharapkan agar pelaksanaan kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berkaitan muamalat.

Dengan adanya kursus sebegini, diharapkan lebih ramai penjawat awam yang lebih memahami dan mengamalkan prinsip muamalat dalam jual beli, pinjaman dan memahami tatacara patuh syariah dan tidak patuh syariah.