WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi,19 Julai 2024 - Seramai 45 orang peserta dalam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Kader JAKIM di Kementerian, JAIN, MAIN termasuk pegawai rundingcara kekeluargaan Islam telah mengikuti Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syaríe dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam (Tahap Asas).
 
Objektif kursus ini antara lain adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan teori dan pendekatan kaunseling syarie serta pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam yang merangkumi aspek fiqh munakahat, undang-undang kekeluargaan Islam dan pengurusan nikah, cerai dan rujuk termasuk kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan.
 
Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini adalah anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi di bawah Seksyen Siyasah Syar'iyyah, Program Pembangunan Insan (PPI) bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Antara penceramah yang terlibat ialah YBrs. Dr. Haji Md Noor bin Saper (UPSI), Puan Nik Suhaila binti Nik Hussin (JAIS), Encik Mohd Fadzil bin Abu Kasim (JAKIM), Encik Mohammad Maliki bin Yaacob (JAWI), Encik Abdull Basir bin Mahadi (JAWI), Encik Amirul Aizan bin Abd. Rahman (JPN) dan YA Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Mahkamah Tinggi Syariah WP) dan Tuan Mohd Shahidan bin Abdul Ghafar (JKSM).
 
Para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan yang amat berguna di samping isu-isu dan persoalan yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang memerlukan kepada pendekatan yang lebih sistematik dan efisyen agar dapat ditangani dengan lebih berkesan. Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik di sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu yang telah dikongsikan oleh semua penceramah dapat difahami dan mampu diaplikasikan terutama dalam tugasan sebagai pegawai rundingcara.