WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 18 Julai: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengadakan Kursus Art of Leadership pada 16 – 18 Julai 2024 (Selasa – Khamis) bertempat di Bilik Kuliah al-Khawarizmi, ILIM Kampus Utama Bangi.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung kepimpinan kendiri, personaliti diri dan individu yang dipimpin dari sudut psikologi serta memberi pendedahan mengenai kepimpinan yang berkesan berdasarkan al-Quran.
Seramai tiga (3) orang penceramah telah diundang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam kursus ini iaitu YBrs. Dr. Ahmad Akram bin Mahmad Robbi, Assistant Professor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak, YBrs. Dr. Ab Rahman bin Ibrahim, Professional Learning Facilitator, Trainer, Motivator, Speaker dan Certified PSMB Trainer dan YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM turut mengisi slot dalam kursus ini.
 
Tahniah kepada 31 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 41 dan ke atas dari JAKIM/JAIN/MAIN/Agensi di Bawah YB Menteri/KAGAT.
Diharap objektif kursus ini dapat dicapai serta diimplementasikan dalam bidang kerjaya dan kehidupan seharian.