WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 11 Julai 2024 - Program Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM telah mengadakan Daurah Talaqi Kitab Turath Akidah. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 9 Julai 2024 hingga 11 Julai 2024. Objektif daurah ini adalah untuk membina kemahiran dan keyakinan peserta dalam memahami kitab turath karangan ulama silam.
 
Program daurah ini juga bagi memupuk minat peserta mencintai dan memperjuangkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan kefahaman akidah Islam yang sebenar.
Seramai 30 orang Pegawai Hal Ehwal Islam pelbagai gred daripada JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti, telah menyertai kursus ini. Para peserta telah melibatkan diri dan komitmen yang sangat positif semasa sesi daurah berjalan.
 
Program Daurah Talaqi Kitab Turath Bidang Akidah pada tahun ini, ILIM telah memilih Kitab Al-Muqadimat Al-Sabusiyyah karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf Al-Sanusi. Sepanjang pengajian, peserta menelaah kitab tersebut dari awal hingga akhir dengan dipandu oleh YBrs. Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali, pensyarah program pengajian akidah dan agama, fakulti kepimpinan dan pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
 
Dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang sangat berguna dalam meningkatkan pengetahuan peserta tentang akidah Islam dan mereka mengenali berbagai ancaman dan penyelewengan akidah di kalangan umat Islam.