WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 27 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Organisasi, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Majlis. Kursus ini dihadiri oleh seramai 75 orang peserta terdiri dari (PHEI) JAKIM, JAIN, MAIN, Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Penjawat Awam. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta berhubung tatacara pengurusan majlis, memberi kefahaman teknik kemahiran sebagai pengurus majlis; dan mempraktikkan pengetahuan berhubung pengurusan majlis

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Dan bin Setafa, Mantan Pegawai Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa.

Kursus selama dua hari ini memberi penekanan pengetahuan protokal serta pengurusan majlis secara teori dan praktikal. Kursus ini juga turut mendedahkan peserta berkaitan vvip majlis, susunan tempat duduk vvip majlis dan panggilan hormat vvip. Program ini juga memberi penekanan terhadap aplikasi elemen protokol dalam pengurusan majlis yang cemerlang.

Pengetahuan dan kemahiran protokol majlis rasmi perlu diketahui dan dikuasai oleh setiap individu terutamanya penjawat awam. Kemahiran ini boleh digunakan semasa menghadiri majlis-majlis dan sebagainya.

Antara elemen protokol yang perlu difahami seperti prinsip tetamu kehormat, prinsip jemputan tetamu, susunan keutamaan tetamu dalam majlis, panggilan hormat, seating arragement, peranan penyambut tetamu serta protokol istana dan sebagainya. Kesemua elemen yang dinyatakan ini telah diterapakan oleh penceramah dalam kursus ini dengan baik.

Semoga penganjuran kursus ini membolehkan peserta meningkatkan imej penganjur majlis dan memberi gambaran yang positif kepada tetamu, penganjur dan individu yang terlibat. Ilmu dan kemahiran yang diperolehi ini boleh digunakan oleh peserta semasa mengurus serta menghadiri majlis rasmi dan sebagainya.