WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 15 Mei: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengadakan Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis pada 13-15 Mei 2024 (Isnin-Rabu) bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan kaedah yang bersesuaian dalam menangani konflik dan krisis, meningkatkan kefahaman menangani konflik dan krisis berpandukan Al-Quran, kisah para nabi dan sirah Rasulullah SAW serta memberi pendedahan mengenai kemahiran dan sistem bekerja mengikut keperluan semasa berlaku konflik dan krisis.

Seramai dua (2) orang penceramah telah diundang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran sepanjang kursus berlangsung iaitu YBrs. Encik Syamsul Amri bin Abdul Razak, peneraju SABAR Training and Resources dan YBrs. Encik Ahmad Saifuddin bin Yusoff.

Seramai 36 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM/JAIN/MAIN/Agensi di bawah Menteri (Hal Ehwal Agama)/Kader JAKIM/ Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) gred 41 dan ke atas.

Diharap kursus ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan iaitu memberi pendedahan berkaitan pengurusan konflik dan krisis dari aspek ilmu kontemporari dan Islam yang merujuk kepada al-Quran, hadis dan sirah Nabi SAW serta berupaya membina kemahiran untuk mengurus konflik dan krisis dengan berpandukan ilmu-ilmu yang telah diperolehi di dalam kursus ini.

Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.