Lahad Datu, 9 Mei – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Penulisan RPH & Kemahiran PdP pada 7 hingga 9 Mei 2024 yang lalu. Kursus yang dijalankan oleh Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA di sekitar daerah pantai timur Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod dan Sandakan.
Objektif utama kursus adalah untuk memperkenalkan konsep RPH serta setiap isi penting yang terkandung di dalamnya di samping memberi panduan, bimbingan dan penekanan terhadap kepentingan penyediaan RPH dan kaedah penulisan yang betul. Selain itu, objektif penganjuran kursus ini juga untuk meningkatkan pengetahuan para peserta berkaitan teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan, seterusnha membentuk sikap dan budaya positif dalam gerak kerja guru KAFA.
Menerusi slot-slot ceramah yang dijalankan, para peserta telah mendapat banyak maklumat dan teknik daripada para penceramah yang dijemput khas dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), berkaitan Pengurusan Pdp, Pedagogi Pendidikan Islam (PAK 21), Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian, Pengurusan Bahan Bantu Mengajar, Pengurusan Kelas Bercantum dan sebagainya lagi.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan baik di sekolah, seterusnya melakukan anjakan paradigma dalam mencipta pelbagai aktiviti bersama murid-murid.
Pada penghujung kursus, para peserta diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen yang diberikan sepanjang mengikuti kursus ini.