WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 16 Mei 2024 - Hibah dan Wasiat adalah instrumen perancangan dan pembahagian harta orang Islam. Ramai penjawat awam yang kurang faham dan masih keliru berkenaan kedua-dua perkara tersebut.  Oleh itu, dalam merungkai persoalan berkaitan Hibah dan Wasiat ILIM telah melaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan Islam (Hibah dan Wasiat) yang berlangsung secara bersemuka bemula 14 Mei hingga 16 Mei 2024 di Institut Latihan Islam Malaysia.

Pengisian slot kursus telah dijayakan oleh beberapa orang penceramah iaitu En. Abdul Hadi Samsu dari Resilient United, Tn. Faiz Adnan dari Tetuan Faiz Adnan & Associate, En. Shahrul Indera dari Majlis Agama Islam Selangor dan Puan Liliwani Abdullah dari Amanah Raya Berhad. Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan dihadiri seramai 33 orang yang terdiri dari kalangan penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred.

Objektif utama kursus tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman serta kemahiran tentang pengurusan kewangan Islam berkaitan hibah dan wasiat. Antara tajuk yang dibincangkan:

  • Pengurusan kewangan dan harta dari perpekstif syarak
  • Wasiat dan kepentingan dalam kehidupan
  • Hibah dan kepentingan dalam kehidupan seorang Muslim
  • Isu dan Kajian kes
  • Perkhidmatan Hibah Wasiat di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
  • Perkhidmatan Hibah Wasiat di Amanah Raya Berhad (ARB)

ILIM mengharapkan agar pelaksanaan kursus ini telah mencapai objektifnya dalam membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berkaitan hibah dan wasiat. Dengan adanya kursus sebegini, diharapkan juga dapat mengurangkan masalah pembekuan harta dan harta yang tidak dapat dimanfaatkan. Begitu juga ia dapat memudahkan pengurusan harta buat insan tersayang yang di tinggalkan.